Laman Budaya MPT Lenggong Dinaik Taraf Bagi Persiapan Lenggong Dialog 2026
LENGGONG – Kerja-kerja naik taraf di Laman Budaya Majlis Pelancongan Lenggong (MPT) sedang dilaksanakan sebagai persediaan menjelang penganjuran Lenggong Dialog 2026, yang dijadual mencapai kemuncak pada September dan Oktober 2026.
YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah hari ini hadir ke Laman Budaya MPT Lenggong bagi meninjau perkembangan semasa kerja-kerja naik taraf yang sedang berjalan. Lawatan tapak tersebut bertujuan memastikan pelaksanaan kerja mengikut perancangan serta tahap kesiapsiagaan lokasi berada pada keadaan terbaik sebelum program berlangsung.
Naik taraf ini merupakan sebahagian daripada langkah awal memperkemas kemudahan dan prasarana bagi menyokong kelancaran penganjuran Lenggong Dialog 2026. Usaha berkenaan turut dilihat selari dengan inisiatif memperkukuh aktiviti pelancongan dan budaya di Lenggong, khususnya menjelang tempoh kemuncak program pada separuh kedua tahun ini.

