Kunjungan & Pertemuan Di Kedutaan Besar Malaysia Di Jakarta, Indonesia

May 26, 2026

JAKARTA – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan kunjungan dan sesi pertemuan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 25 Mei 2026, jam 11.30 pagi, bersempena lawatan beliau ke Jakarta.

Sesi pertemuan tersebut memberi ruang untuk beliau berinteraksi serta bertukar pandangan bersama pegawai-pegawai Malaysia yang berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, merangkumi pelbagai jabatan dan agensi. Perjumpaan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh jaringan kerjasama serta penyelarasan antara agensi-agensi Malaysia di luar negara demi menyokong kepentingan Malaysia di Indonesia.

Antara pegawai yang turut hadir ialah Pn Rosnita binti Hamzah (Ketua Canseri) serta ketua-ketua jabatan berikut:

1. En Ahmad Akmal bin Muhamad (MITI)
2. En Madzaral bin Sebalun (Kementerian Sumber Manusia)
3. En Nor Azuan bin Jaafar (Jabatan Kastam Diraja Malaysia)
4. En Mohd Izwan bin Sharif (JAKIM)
5. Pn Noor Idayu binti Mohd Surol (Jabatan Imigresen Malaysia)

Sesi ini turut disertai oleh ramai lagi pegawai Malaysia daripada pelbagai jabatan dan agensi di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help