Kunjungan Hormat Daripada Exco Kerajaan Negeri Terengganu YB Dr. Hj Mamad
July 23, 2020
Saya menerima kunjungan hormat daripada Exco Kerajaan Negeri Terengganu YB Dr. Hj Mamad serta delegasinya. Bersama saya ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) KETSA dan pegawai KETSA.
Pelbagai perkara dibincangkan untuk kepentingan rakyat di Terengganu.
Saya ucapkan terima kasih atas kunjungan ini.
Kita telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Teknikal di peringkat pegawai KETSA dan Kerajaan Negeri Terengganu bagi menyelesaikan isu dan pembangunan sektor tenaga di Terengganu.
Perkara yang dibincangkan di Jawatankuasa ini akan diangkat ke peringkat kementerian ( KETSA) untuk tindakan selanjutnya.
Keutamaan saya adalah rakyat dan negara. Oleh itu apa juga perkara berkaitan rakyat mesti diutama dan dicari jalan untuk diselesaikan.