Kubah Makam Rasulullah Model Surau Insaniah Taman Kota Tampan
Saya berada di Surau Insaniah Taman Kota Tampan Lenggong dalam Majlis Penyerahan Cek bagi Peruntukan Pembinaan Surau Dan Tahlil serta Doa Selamat sempena pembinaan baru surau ini.
Selain daripada Pengerusi dan Jawatankuasa Surau Insaniah Kota Tampan Lenggong. Bersama saya ialah YDP Majlis Daerah Lenggong, Pegawai Tadbir Agama Daerah Lenggong, CADO Lenggong, Penghulu Mukim dan anggota keselamatan PDRM dan RELA.
Alhamdulillah selain akan memperolehi surau lebih selesa, rekabentuk surau ini mengambil ciri-ciri Kubah Makam Rasulullah di Masjid Nabawi Madinah. Ini juga diharap akan menjadi tarikan bila berkunjung ke Kawasan Geopark Lenggong.
Insyallah pembinaannya akan bermula tidak lama lagi. Amin.
#pelancongan #parlimenlenggong #akisgallery #SayangiLenggong #rumahtiang16 #tourism #teamDSAN #malaysia