Konvoi Amal PDRM-ISBC Tamat Selepas Jelajah 1,900 Kilometer

August 23, 2026

KUALA LUMPUR – Program Amal Konvoi Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Ipoh Superbike Club (ISBC) sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 dan Sambutan Ambang Merdeka Ke-69 berjaya ditamatkan dengan jayanya menerusi Majlis Penutupan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Program yang memasuki penganjuran kali keempat sejak 2021 itu menghimpunkan lebih 200 penunggang motosikal terdiri daripada wakil 12 kontinjen PDRM bersama ahli ISBC, yang menjelajah lebih 1,900 kilometer merentasi Semenanjung Malaysia selama lima hari empat malam bermula 17 hingga 21 Ogos.

Konvoi yang diketuai oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad telah dilancarkan di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim sebelum bergerak ke Perak, negeri-negeri utara termasuk Pulau Pinang, pantai timur serta Melaka dan berakhir di ibu negara.

Sepanjang jelajah tersebut, sumbangan keseluruhan bernilai RM102,000 telah disalurkan kepada pesara, anggota serta warga PDRM yang ditimpa musibah dan menghidap penyakit kronik di setiap negeri yang dilalui. Di Terengganu, seramai 11 anggota dan warga PDRM menerima bantuan kebajikan, manakala 10 pesara polis di Melaka turut disantuni menerusi program berkenaan.

Majlis Penutupan turut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi yang menekankan kepentingan membudayakan keselamatan jalan raya dalam kalangan komuniti permotoran.

Program ini merupakan sebahagian daripada pendekatan community policing PDRM dalam memperkukuh hubungan antara pasukan keselamatan dengan masyarakat menerusi elemen kebajikan, ukhuwah serta semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan. Ia turut selari dengan komitmen berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kepimpinan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam memastikan kebajikan warga PDRM terus diberi perhatian serta hubungan polis dan masyarakat diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif strategik.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help