Komuniti Perak Meriahkan Karnival Sayangi Lenggong
LENGGONG – Program Komuniti Perak telah diadakan serentak dengan Karnival Sayangi Lenggong sempena Lenggong Dialog 2026 (LD’2026) yang berlangsung di Dataran Lenggong.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata, penganjuran program Komuniti Perak secara serentak dengan karnival tersebut bertujuan memberikan manfaat yang lebih luas kepada masyarakat setempat.
Beliau berkata, penglibatan Komuniti Perak dalam karnival berkenaan turut mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dengan rakyat di peringkat akar umbi khususnya di kawasan Parlimen Lenggong.
Karnival Sayangi Lenggong 2026 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Julai turut menampilkan Program KDN Turun Padang, pertandingan nasyid secara terbuka, Fun Run Sayangi Lenggong anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

