Khazanah Bumi Perlu Dipulihara

May 28, 2021

PUTRAJAYA  – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) terus komited menggalas tanggungjawab menjaga dan memulihara biodiversiti.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah ia bagi memastikan khazanah bumi dipulihara, diguna secara mampan hasilnya dikongsi secara adil dan saksama demi kesejahteraan negara.

Beliau juga menggesa sumbangan sektor swasta kepada pemuliharaan biodiversiti yang harus dipertingkat sama ada dalam bentuk kewangan atau mengarusperdanakannya dalam sektor masing-masing.

Ia selaras sasaran kedua dalam Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.

Tambah beliau lagi, semua pihak perlu berganding bahu dan terus berusaha melindungi dan memulihara biodiversiti yang merupakan khazanah negara.

Sekali gus menjadi pemangkin kepada usaha-usaha konservasi biodiversiti melalui penglibatan kolektif badan korporat lain.

Beliau menyampaikan ucapan ‘Biodiversity Talk Tech’ sempena Hari Biodiversiti Antarabangsa anjuran kerjasama PETRONAS dan KeTSA menerusi Facebook rasmi kementerian.

Hari Biodiversiti Antarabangsa 2021 yang bertemakan ‘Kita Adalah Sebahagian Daripada Penyelesaian’ bertepatan dengan situasi dihadapi dunia ketika ini.

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/28132-khazanah-bumi-perlu-dipulihara

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help