Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Tertakluk Kepada Perlembagaan Persekutuan

November 8, 2023

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

Sebaliknya jelas beliau kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku selaras dengan peruntukan perundangan yang berkuatkuasa.

“Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan adalah untuk individu di bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.

“Dalam mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan Malaysia, beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab setiap pemohon dan proses pertimbangan adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah -Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.

“Permohonan kewarganegaraan dikemukakan secara berasingan dengan kandungan maklumat dan dokumen sokongan yang berbeza-beza, maka hasil penilaian dan pertimbangan juga adalah berbeza mengikut keperluan, bukti dan fakta kes berdasarkan maklumat yang diberikan. Fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh setiap pemohon akan diteliti mengikut giliran yang sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan,” katanya pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di kamar khas itu yang membangkitkan soalan mengenai kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Dr Shamsul Anuar seterusnya menjelaskan pertimbangan yang teliti perlu dilaksanakan bagi memastikan taraf kewarganegaraan Malaysia diberikan kepada individu yang benar-benar layak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan tanpa menjejaskan aspek keselamatan, kepentingan negara dan warganegara sedia ada.

“Sehubungan dengan itu, tiada tempoh/masa tertentu yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes,” tambahnya.- UMNO Online

Sumber: https://umno-online.my/2023/11/08/kewarganegaraan-di-bawah-perkara-15a-tertakluk-kepada-perlembagaan-persekutuan-dr-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help