Keupayaan APMM Jamin Perairan Negara Akan Diperkasa

February 29, 2024

KUALA TERENGGANU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menambah keupayaan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) bagi mendepani cabaran menjaga kedaulatan perairan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, APMM turut akan diperkasakan kecekapan pegawai dan anggotanya.

Beliau berkata, keperkasaan APMM penting bagi menangani isu pencerobohan nelayan asing serta kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki negara melalui jalan laut.

“APMM telah melakukan 1,200 tangkapan termasuk 233 melibatkan PATI yang cuba memasuki negara ini sepanjang tahun lalu.

“Pastinya tahun 2024 ini, kita mahu usaha mencegah pencerobohan ditingkatkan agar keselamatan perairan terjamin,” katanya selepas merasmikan Karnival Maritim Perkasa di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, APMM Terengganu telah berjaya menyelamatkan lebih RM15 juta hasil laut negara menerusi 4,958 pemeriksaan pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2024/02/29/keupayaan-apmm-jamin-perairan-negara-akan-diperkasa/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help