KeTSA & Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) Terus Membantu.

April 3, 2020

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN
TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB )
Kepada
KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Alhamdulillah, pada hari ini, kita menyempurnakan satu acara penyerahan bantuan TNB kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, dalam menyokong usaha-usaha menangani Wabak COVID-19 yang sedang menular sekarang.

Oleh itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), merakamkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu yang meluangkan masa utk menerima sumbangan ini.

Bersama saya hari ini ialah Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan Chief Retail Officer, Retail Division, TNB dan YM Raja Dato’ Abdul Jalil Raja Zaid Head, Customer Services Perak, TNB

TNB merupakan antara entiti korporat dan GLC yang terawal tampil membantu usaha kerajaan menangani virus ini.

Sebagai organisasi yang sentiasa mengutamakan rakyat, TNB telahpun menyumbang RM10 juta kepada Kementerian Kesihatan untuk membeli peralatan seperti ventilators dan bekalan perubatan lain yang semakin berkurangan sebelum ini.

Sumbangan bernilai RM2 juta daripada TNB pada hari ini adalah di luar skop sumbangan RM10 juta berkenaan. Sumbangan RM2 juta ini adalah usaha tambahan TNB membantu kerajaan negeri membeli peralatan perubatan dan keperluan lain bagi menangani penularan wabak COVID-19 di negeri Perak.

Pemberian ini, merupakan sebahagian daripada sumbangan RM17.5 juta yang TNB agihkan-agihkan secara terus kepada negeri-negeri di Semenanjung untuk menangani COVID-19. Setiap negeri menerima antara RM1 juta hingga RM2.5 juta bagi tujuan yang sama.

Harapan Kementerian Tenaga & Sumber Asli, sumbangan tambahan ini membolehkan pihak negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri mendapatkan peralatan dan barang-barang perubatan yang diperlukan.

Kerajaan Negeri perlu mengenalpasti peralatan dan barangan dengan pembekal-pembekal dan berurusan sewajarnya. Segala pembayaran akan diuruskan oleh TNB bila tuntutan yang telah disahkan sepenuhnya diterima dari pihak Kerajaan Negeri dan Kementerian atau Jabatan Kesihatan Negeri.

Bagi negeri Perak, sumbangan RM2 juta ini termasuklah pemberian dua (2) mesin ventilator, iaitu alat bantu pernafasan yang diperlukan oleh pesakit COVID-19. Adalah menjadi harapan agar pemberian ini sedikit sebanyak membantu Negeri Perak menangani wabak ini secara lebih berkesan.

Keprihatinan TNB dalam usaha menangani wabak virus Covid-19 ini didorongi rasa tanggungjawab sebagai Syarikat yang mempunyai ribuan warga kerja, yang perlu berada di barisan hadapan dalam tempoh PKP.

Mereka ini menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi bagi memastikan perkhidmatan tenaga elektrik yang berterusan dan stabil kepada rakyat, khususnya di hospital dan pusat perubatan.

Sebagai makluman sumbangan TNB dengan jumlah keseluruhan hampir RM28 juta ini juga tidak termasuk sumbangannya bernilai RM150 juta bagi menyokong usaha kerajaan memberi diskaun elektrik sebagaimana diumumkan PM dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebelum ini.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga & Sumber Asli.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help