BeritaKeTSA Sasar Lembah Lenggong Sebagai Geopark Kebangsaan Ke-2

March 13, 2021
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/159444323_3966746363347261_1410249453371776607_o.jpg

Menjelang Julai ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berhasrat menjadikan Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan ke-2 selepas Lembah Kinta.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihak kementerian sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Yayasan Albukhary untuk membangunkan Galeri Geopark Lenggong dengan kos keseluruhan sebanyak RM6 juta.

Jelasnya inisiatif strategik itu mampu meningkatkan imej negara dalam sektor ekopelancongan dan geopelancongan sekali gus menolak persepsi bahawa kewujudan geopark itu akan menjejaskan kelestarian hutan kawasan sekitar.

Beliau ditemui di Majlis Pecah Tanah Pembinaan Galeri Geopark Lenggong disempurnakan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

Tambahnya, KeTSA turut menyasarkan Lembah Lenggong dinobatkan sebagai Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark selewat-lewatnya pada 2023.

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/25969-ketsa-sasar-lembah-lenggong-sebagai-geopark-kebangsaan-ke-2

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links