TERENGGANU – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan aktiviti penebangan hutan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penebangan yang dilakukan itu perlu mematuhi peraturan dan pihaknya mempunyai mekanisme sendiri bersama kerajaan negeri.
Setiap penebangan yang dilakukan perlu mematuhi peratusan yang telah dipersetujui bersama kerajaan negeri.
Setiap penebangan juga perlu mengikut keluasan pokok yang matang dan sebagainya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Setiu Wetlands, Setiu.