PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber ASli (KETSA) komited melaksanakan Projek Peluasan Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta (PPP).
Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia dijayakan bersama beberapa agensi kerajaan lain.
Ia membabitkan penglibatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Unit Kerjasama Awam-Swasta (MAMPU), Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.
Selain itu, KETSA juga melaksanakan Program Malaysian Electricity to Attract Renewable Energy Investment (MEnTARI) dan Program Net Energy Metering 3.0.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan sebanyak 30 projek pembangunan loji jana kuasa solar dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 823MW.
Ia dilaksana di bawah Program LSS@MEnTARI yang berupaya menjana pelaburan sebanyak RM3.3 bilion dan mewujudkan sebanyak 9,900 peluang pekerjaan.
Manakala, pelaksanaan Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0) akan membolehkan para pengguna menikmati pengurangan bil elektrik melalui pemasangan Sistem Solar (PV) di bumbung premis masing-masing.
Beliau berucap demikian ketika majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 di Putrajaya.
Sumber: http://berita.rtm.gov.my/index.php/ekonomi/26943-ketsa-laksana-pelbagai-projek-jangka-panjang