Kesetiaan Pada Parti Sangat Penting

February 14, 2023

Menjadi pemimpin seharusnya tidak boleh ada agenda peribadi dan melaksanakan perkara yang diputuskan parti menjadi keutamaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah juga menegaskan kesetiaan kepada parti merupakan perkara yang penting.

“Kesetiaan pada parti sangat penting. Sebagai pemimpin kita tidak boleh ada agenda peribadi. Keutamaan adalah melaksanakan apa juga perkara yang telah parti putuskan.

“Maka, apa juga keputusan parti lakukan itu tetap menjadi pendirian saya sebagai pemimpin parti,” kata Shamsul Anuar menerusi hantaran di Facebooknya.

Selain itu, keputusan beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada Ogos 2022 tanda patuh kepada arahan parti.

Jelas beliau, arahan tersebut turut diputuskan dalam dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, sebelum itu.

“Kita mesti menjadi pemimpin yang setia dan berprinsip dalam perjuangan,” tambahnya lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/kesetiaan-pada-parti-sangat-penting-shamsul-anuar-nasarah/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help