Kes Kematian Tahanan Polis Berkurangan Tahun Lepas

June 12, 2023

KUALA LUMPUR – Sejak Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) ditubuhkan Januari tahun lepas, jumlah kematian individu dalam tahanan polis yang direkodkan pada 2022 menurun sebanyak 48 peratus kepada 24 kes berbanding 46 kes bagi tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada keseluruhan kematian yang disiasat tahun lepas, USJKT mendapati dua kes mempunyai unsur jenayah iaitu satu di Taiping, Perak (sudah didakwa dan dalam proses perbicaraan) manakala satu lagi di Kelantan (dalam proses siasatan).

Beliau berkata, selain itu, terdapat enam kes dirujuk kepada Mahkamah Koroner dan empat daripadanya dalam prosiding inkues manakala dua lagi belum ada arahan lanjut.

“USJKT juga akan membentang hasil laporan, siasatan serta perkembangan setiap kes kematian orang dalam tahanan polis kepada mesyuarat dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) dan SIAP (Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan) yang diadakan tiga bulan sekali.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang bagi siasatan kes kematian individu dalam tahanan polis dan menambah baik pengurusan tahanan PDRM,” katanya ketika memberi penerangan kepada Tan Hong Pin (PH-Bakri) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat pada Isnin berhubung langkah Kementerian Dalam Negeri dalam menguruskan kes kematian dalam tahanan polis.

Shamsul Anuar berkata, menerusi penubuhan USJKT, pelbagai penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan tahanan polis dilaksanakan antaranya pemeriksaan lokap dan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) lokap. – Bernama

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/263079/berita/nasional/kes-kematian-tahanan-polis-berkurangan-tahun-lepas

Bernama: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2197411
Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/668424

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help