Kes Jenayah Anggota Keselamatan, Penguat Kuasa Catat Penurunan

March 27, 2023

KUALA LUMPUR: Jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dan penguat kuasa mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata penurunan kes secara konsisten dari 2019 hingga awal tahun ini hasil langkah proaktif kementerian dalam meningkatkan integriti anggota keselamatan.

“Tahun 2019 kita catat 730 kes, 2020 (683 kes), 2021 (656 kes), 2022 (537 kes) dan setakat Februari tahun ini ada 75 kes…secara keseluruhan 2,681 kes libat polis, tentera dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).

“Kami akan teruskan usaha tingkatkan disiplin anggota dan sediakan mereka kursus yang bersesuaian serta beritahu tanggungjawab sebenar mereka,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai mengenai jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Shamsul Anuar berkata pada masa sama, kementerian tidak sesekali berkompromi dan akan mengambil tindakan segera sekiranya ada kes jenayah dilaporkan melibatkan anggota keselamatan.

Beliau berkata antara kemungkinan dan faktor menyebabkan berlakunya kes jenayah melibatkan anggota keselamatan dan penguat kuasa adalah kerana kes peribadi.

— BERNAMA

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-jenayah-anggota-keselamatan-penguat-kuasa-catat-penurunan-shamsul-anuar-412732

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help