Kerja Baik Pulih Masjid Ar-Rahmaniah Kg Gua Badak

August 15, 2022

Saya ingin memaklumkan bagi pihak YAB Menteri Besar Perak yang juga ADUN Kota Tampan Lenggong, bahawa peruntukan untuk baik pulih MASJID AR-RAHMANIAH KG GUA BADAK LENGGONG telah lama diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan dan disalurkan melalui agensi Kerajaan Negeri Perak untuk dilaksanakan.

Projek ini, diuruskan oleh PKNP agensi Kerajaan Negeri Perak.

Tender melaksanakan kerja berkenaan sebenarnya telahpun dilakukan. Bagaimanapun berlaku kelewatan akibat kontraktor yang diantik sebelum ini (Selinsing Maju Enterprise) telah menolak tawaran kerja berkenaan.

Oleh itu tender dan sebut harga terpaksa dibuat semula pada 19 Julai 2022.

Lanjutan dari itu SST yang baru kepada Kontraktor lain iaitu Ally Distributors telah dikeluarkan pada hari Jumaat, 5 Ogos 2022 lalu.

Maka kerja baik pulih MASJID AR-RAHMANIAH KG GUA BADAK LENGGONG akan dilakukan tidak lama lagi.

Diharap ini akan menjelaskan sedikit isu masjid ini yang sedang diviralkan dalam Media Sosial.

Keutamaam kami 3YB di Parlimen Lenggong tetap kepada usaha memastikan keselesaan beribadah diutamakan untuk rakyat di Lenggong.

Kelewatan ini tidak disengajakan.

INFO : Pusat Khidmat MP Lenggong

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help