BeritaKerajaan Sambung Projek Solar Di Sabah

September 26, 20200
shamsul-anuar

KOTA KINABALU: Kerajaan meneruskan pelaksanaan Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Sabah yang sebelum ini tertangguh lebih empat tahun.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, projek tersebut membolehkan sebanyak 63 megawatt (MW) kapasiti penjanaan daripada tenaga suria dapat dihasilkan untuk kegunaan orang ramai.

“11 pembida berjaya dalam LSS1 dan LSS2 yang sebahagian besarnya adalah pelabur tempatan akan dapat meneruskan pelaksanaan projek dengan pelaburan dianggarkan berjumlah RM250 juta dan boleh memberi peluang pekerjaan kepada lebih 750 penduduk.

“Kerajaan juga komited meningkatkan kapasiti penjanaan daripada tenaga boleh baharu (TBB) dalam campuran kapasiti penjanaan di samping mengawal bebanan tarif kepada pengguna,” katanya

Projek tersebut tertangguh lebih empat tahun melibatkan bidaan pusingan pertama yang diadakan pada 2016 dan pusingan kedua pada 2017.

Kerajaan meneruskan projek itu apabila pembida bersedia menurunkan harga tawaran asal berikutan penurunan harga panel solar dan penyongsang di pasaran. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links