Betul pelbagai dana disediakan oleh pelbagai agensi dan institusi kewangan.
Bagaimanapun, ianya mesti dipermudahkan. Dan benar benar sampai ke sasaran.
Realitinya akibat Pendemik Covid 19. Keadaan sudah berbeza dan cabarannya luarbiasa.
Bayangkan ada usahawan terpaksa gulung tikar, hilang pendapatan, menanggung kerugian, dan sebagainya.
Justeru itu saya telah cadangkan agar Kerajaan mesti merangka dan melaksanakan perancangan jangka pendek,sederhana dan jangka panjang yang benar benar dapat mengembalikan usahawan yang terlibat ke kedudukan asal. Keadaan sudah berbeza. Maka kerajaan mesti melaksanakan strategi dan pendekatan yang luarbiasa.
Malah kita perlu segala dasar, akta yang ada perlu dirombak atau ditambahbaik. Lakukan demi membantu rakyat yang terlibat.
Saya yakin. Anda juga ada pandangan yang berbeza dan luarbiasa bagi membantu mereka yang terlibat.
#parlimenlenggong #teamDSAN #SayangiLenggong #UMNO #geopark #UMNOOnline #usahawanmuda #usahawan #iks