Kepulangan Puan Norida Akmal Setelah 18 Tahun Berpisah Berjaya Direalisasikan

February 15, 2026

LENGGONG – Impian keluarga Puan Norida Akmal Binti Ayop dari Kampung Bukit Sapi untuk bersatu semula akhirnya tercapai selepas lebih 18 tahun berpisah. Pada malam yang penuh bermakna ini, Puan Norida telah selamat tiba di tanah air bersama salah seorang anaknya, menamatkan penantian panjang keluarganya.

Puan Norida merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Shamsul Nasarah atas bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang proses kepulangannya ke Malaysia. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia, serta mak ciknya, Ummu Kalsom Ahmad, yang telah banyak membantu dan memberi sokongan moral. “Saya amat berterima kasih kerana telah menolong saya pulang dengan selamat ke Malaysia,” ujar beliau.

Menurut YB Datuk Shamsul Nasarah, proses membawa pulang Puan Norida melibatkan tempoh masa yang panjang dan memerlukan usaha berterusan selama beberapa bulan. Beliau menegaskan bahawa kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara pelbagai agensi, termasuk Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Imigresen Indonesia, Polis Indonesia, serta wakil-wakil yang terlibat.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berwajib dalam membantu rakyat Malaysia di luar negara, serta kepentingan kerjasama antara agensi tempatan dan antarabangsa. Ia juga menjadi inspirasi dan harapan kepada keluarga-keluarga lain yang masih menanti kepulangan insan tersayang ke tanah air.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help