Kenyataan Media: Tiada Pemotongan Bekalan Elektrik Bagi Pengguna Domestik Di Semenanjung Sehingga 30 Jun 2021

May 20, 2021

TIADA PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK BAGI PENGGUNA DOMESTIK DI SEMENANJUNG SEHINGGA 30 JUN 2021

20 Mei 2021

Pada 21 Disember 2020, Kerajaan telah bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac 2021. Pengguna-pengguna domestik juga turut ditawarkan Pelan Bayaran Mudah selama 6 bulan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2021 bagi membantu menguruskan bil elektrik mereka. Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat berikutan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, Kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad akan memastikan tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan di rumah-rumah kediaman yang mempunyai tunggakan tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 Jun 2021. Bagi membantu pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka, Pelan Bayaran Mudah juga turut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Melalui pelaksanaan inisiatif ini, adalah dianggarkan seramai 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia memperoleh manfaat tersebut dan diharapkan inisiatif ini akan dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini.

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Putrajaya

20 Mei 2021

#KeTSA #alumnimbm #teamDSAN #smsis #akisgallery #parlimenlenggong

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help