PERWAKILAN UMNO MEMBUAT KEPUTUSAN TIADA PERTANDINGAN DUA JAWATAN UTAMA PARTI
Keputusan ini dibuat oleh perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Dan ia melalui proses yang betul mengikut perlembagan parti.
Justeru, tidak timbul anggapan bahawa demokrasi dalam UMNO telah mati.
Usul ini telah dibahas. Kerana itu apabila perwakilan membuat keputusan tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ia juga sebahagian daripada amalan demokrasi dalam parti.
Malah ini bukan suatu yang luarbiasa kerana sebelum ini sudah berapa kali UMNO membuat keputusan tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi parti.
Pada saya, majoriti pimpinan dan perwakilan mahu menjaga kestabilan dan keharmonian supaya focus diberikan kepada membina semula parti selepas PRU15. Dan bersedia menghadapi PRN di Kedah, Penang, Kelantan, Trengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.
Kebijaksanaan dan kematangan membuat keputusan sentiasa menjadi keutamaan pada UMNO.
Apapun pemilihan dalam UMNO di peringkat UMNO cawangan, UMNO bahagian dan semua jawatan selain Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO tetap akan dilaksana sebelum Jun 2023 ini.
YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH