Kenyataan Media: Persidangan Wanita UMNO Malaysia

January 12, 2023

PERSIDANGAN WANITA UMNO MALAYSIA

Pertama mewakili Majlis Tertinggi UMNO saya rakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Wanita UMNO malaysia dibawah pimpinan Dato’ Noraini Ahmad & pimpinan disemua peringkat atas keupayaan mengadakan Persidangan Wanita UMNO kali ini.

Dan sebelum ini telah begitu tersusun melaksana persidangan di 191 bahagian dan lebih 20000 cawangan Wanita UMNO seluruh negara.

Maknanya dalam apapun keadaan Wanita UMNO Kekal hebat & luarbiasa.

Dato’ Pengerusi Tetap Persidangan.

Wanita diciptakan istimewa.

Tetap kuat diketika yang lain nyaris menyerah. Wanita tetap sabar meskipun ramai yang mengeluh. Tetap tegap meski ramai yang hampir terjatuh.

Wanita adalah makhluk Tuhan yang menyimpan rasa kasih sayang dan sikap lemah lembut.

Perasaan dan sikap yang peka & respon akan banyak hal. Menjadikan Wanita sentiasa peduli pada sekitarnya.

Justru sikap inilah yang mampu menyelesaikan banyak hal dan membuat seorang wanita semakin hebat.

Kerana itu. Kepada Wanita yang sangat dihormati. Kita telah lalui PRU15 dengan penuh cabaran. Dan kita akan menumpuh lagi 6 PRN yang pasti juga suatu cabaran.

Teruskan bersemangat dan membina kekuatan.

Teruslah kegigihan Wanita dengan kekal berprinsip dalam perjalanan perjuangan Wanita.

UMNO perlukan wanita yang kuat. Wanita yang akan mengangkat dan membangun UMNO. Wanita yang hidup dengan berani. Wanita dengan tekad yang kuat.”

Maka. Teruslah berjuang. Namun dengan landskap politik yang sudah berbeza. Saya berkeyakinan Wanita punyai kebijaksanaan untuk melakukan penyesuaian demi masa depan parti yang kita sayangi.

Dato’ Pengerusi Tetap Persidangan.

Bagi pihak MKT UMNO. Saya ingin nyatakan segala Usul dan perkara yang dinyata dalam Persidangan ini. Kami akan angkat ke peringkat tertinggi parti.

Kerana kami mendengar dan mencatat segala perkara dibangkitkan baik: Soal Ekonomi, Politik, Agama, Pendidikan yang diucapkan oleh 15 Jurucakap termasuk PENCADANG (Sabah), PENYOKONG (Kelantan) dan Wakil UMNO Siswa & Alumni NADI.

Saya akan bentang dalam Mesyuarat Khas MT UMNO pada malam ini.

Apapun secara umumnya.
Persidangan ini telah berjalan dengan baik dan tertib, matang serta memenuhi segala aturan & urusan parti.

Justeru kami ucapkan tahniah.

Hakikatnya, tiada rahsia untuk menjadi hebat. Kita hanya perlu mempersiapkan segalanya. Bekerja keras dan selalulah menyediakan waktu mengambil pengajaran dan mempelajari kegagalan kita sendiri.

Itulah yang perlu dilakukan selepas PRU15 ini.

Kerana semua impian kita boleh kita menjadi kenyataan jika kita ada keberanian untuk mengejarnya.

Percaya dan yakinlah.

Perjuangan yang Wanita lakukan hari ini akan membangunkan kekuatan yang UMNO inginkan pada hari esok.

Terima kasih. Tahniah.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli MKT UMNO Malaysia

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help