PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI JEMAAH MENTERI
Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana saya diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan pastinya pimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.
2. Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.
3. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli. Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli PArlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar.
Sekian, Terima Kasih.
YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
3 OGOS 2021