Kenyataan Media: Mempertahankan Kedudukan Sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

February 24, 2023

MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum & Salam Sejastera.

Kepada pimpinan, ahli UMNO di semua peringkat yang saya hormati & kasihi.

Saya memahami dan menghormati pandangan & permintaan semua pihak. Bagaimanapun setelah membuat pertimbangan mendalam & sewajarnya. Saya memutuskan untuk mempertahankan kedudukan saya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Maka dengan rendah diri, saya sekali lagi menawarkan diri dan ingin mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia bagi sesi 2023-2026.

Tiada lain niat saya, melainkan kerana Allah dan ingin berbakti kepada parti demi perjuangan untuk Agama, Bangsa & Negara tercinta.

Namun, pastinya ini memerlukan sokongan daripada semua. Justeru dengan rendah diri saya mohon bantuan & sokongan semua agar saya dapat terus berbakti kepada parti.

Paling utama KESETIAAN SAYA TETAP KEPADA PARTI & saya hanya ingin berkhidmat serta berbakti.

Sekali lagi saya mohon sokongan semua.

Ikrar saya selagi perjuangan parti tidak lari dari prinsip dan ideologinya, saya akan lakukan apa saja demi parti.

Mengambil keberkatan bulan Syaaban dan Hari Jumaat. Hari ini 24 Februari 2022 (JUMAAT) bersamaan 3 Syaaban 1444H, saya telah menyerahkan borang pemilihan UMNO, sebagai tanda saya menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

#SETIAUMNO

Salam hormat daripada saya,

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help