MAJLIS PENUTUPAN KURSUS GEMPUR PENERANGAN PRN JOHOR 2022 PARAGON HOTEL JOHOR BAHARU, JOHOR
Cabaran kita besar. Biarpun kita menang besar di Melaka dan menang di Tanjung Piai Johor sebelum ini, ia bukan jaminan BN boleh menang besar di PRN Johor.
Sesekali tidak berniat menjatuhkan semangat jentera BN. Apa yang saya nyatakan ini adalah sebagai suatu perangsang dan kata semangat supaya jentera BN bekerja dengan lebih kuat lagi. Agar kemenangan BN sebelum ini mampu BN kekalkan dan merampas kembali mana mana kerusi yang kalah di PRU14.
Kerana itu pengalaman kita memang besar di Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar kemudian mendapat keputusan berbeza dengan kalah di Sungai Besar dalam PRU14 mesti menjadi pengajaran kepada kita.
Justeru itu peranan dan tanggungjawab Jentera Komunikasi Dan Penerangan UMNO BN sangat penting. Sebagai jentera penting keutamaan mestilah parti melebihi daripada yang lain.
Kita bertanggungjawab menyampaikan segala polisi,dasar dan agenda parti kepada rakyat iaitu pengundi. Pastinya selain bertanggungjawab mempromosikan parti, penting kita menjawab segala isu yang parti hadapi biarkan isu itu kecil.
Jentera komunikasi dan penerangan mesti berfungsi dan berperanan disemua peringkat. Dan berkeupayaan mendekati semua kelompok dan golongan rakyat. Oleh itu organisasi kita disemua peringkat mesti mantap dan kuat daripada semua segi.
Paling utama kita mesti tahu siapa pengundi kita. Mesti fahami latar belakang mereka dan segala maklumat penting mereka mesti dalam pengetahuan kita. Semua ini penting bagi membolehkan kita mendekati mereka mengikut cara dan kaedah yang sesuai dengan mereka.
Masanya telah tiba. Parti meletakkan tanggungjawab kepada kita. Kepada semua jentera Komunikasi dan Penerangan UMNO BN. Parti mohon pengorbanan kita semua bagi mestikan UMNO BN menang besar di PRN Johor kali ini. Dan Johor kembali dapat ditakbir dengan kukuh dan kestabilan dapat dikembalikan bagi kepentingan Negeri dan rakyat Johor.
YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional