Realitinya kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Dan tiada maknanya kita berpecah diketika ahli dan rakyat sebenar mahu parti yang stabil mewakili mereka. Perpecahan boleh menyebabkan BN tidak diyakini dan itulah yang berlaku di PRU15 apabila BN tawarkan ” Kestabilan ” sedangkan rakyat melihat kita berpecah.
Maka diketika mahu kerajaan ini kukuh, apa maknanya jika BN, parti kita berpecah?
Pada saya adalah salah dan tidak tepat kalau hanya mengukur sumbangan atau kekuatan mana mana parti dalam BN termasuk MCA dan MIC berasakan jumlah kerusi yang mereka ada atau menang dalam pilihanraya kerana faktanya undi mereka berada dimana mana. Biarpun disesetengah tempat jumlahnya kecil tapi ia tetap penting kerana dalam politik satu undi pun mustahak.
Kerana sejarahnya UMNO BN pernah tidak boleh membentuk kerajaan di Kelantan hanya kerana BN kurang 2 undi. Peristiwa ini mesti menjadi pengajaran, apatah lagi dengan landskap politik yang begitu dinamik.
Saya sayangkan UMNO dan kerana itu saya percaya UMNO sangat menghormati dan menjaga rakan komponen yang lain demi kekuatan BN dan UMNO itu sendiri.
Cukuplah kita hilang rakan komponen selepas PRU14, dan jangan BN hilang lagi rakan komponen.
Disituasi politik begini, kita mesti membina kekuatan dan jangan sesekali membina situasi yang menambahkan kelemahan kita.
BN parti politik yang telah begitu lama di negara ini, berpengalaman, dan sudah melalui pelbagai ujian. BN bukan sebuah gabungan parti politik yang baru.
Justeru itu, pada saya siapapun tidak kiralah daripada parti mana sekali pun. Elakkanlah membuat kenyataan yang boleh merenggangkan keakraban, saling hormat menghormati serta persefahaman yang telah dibina sejak zaman dulu lagi.
Saya berkeyakinan YAB Pengerusi BN punyai kebijaksanaan bagi menyelesaikannya.
Dan percayalah apa juga perkara boleh diselesaikan jika kita duduk bersama dan berbincang.
YB DS DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia


