Kenyataan Media: Cikgu Besar Jasanya

May 16, 2021

” Mari kita luahkan kata kata yang terbaik kepada semua guru guru kita.

” SELAMAT HARI GURU ”

Pesan arwah ibu saya :
” Hormatilah guru walaupun dia mengajar hanya satu huruf.Kerana jasanya sangat besar ”

Keluarga saya juga ramai menjadi guru. “Arwah Abah, abang,Kakak,adik saya adalah Guru. Saya dan isteri saya juga adalah guru.

Ramai guru saya. Cikgu Saarani. YAB MB Perak adalah guru saya. Guru yang mendidik saya. Dia juga adalah guru politik saya.

Kerana itu saya sangat menghormati insan yang bergelar guru. Pengorbanan dan jasanya tidak terbalas dan sangat bernilai.

saya teringat Sajak Usman Awang.

GURU OH GURU

………………………

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

#alumnimbm #parlimenlenggong #teamDSAN #KeTSA #mbm #parlimenlenggong #teamDSAN #pelancongan #guru #rumahtiang16

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help