Kemudahan Asas & Keperluan Rakyat Di Kawasan Parlimen Lenggong Kekal Menjadi Keutamaan

February 20, 2024

Lebih 48 projek projek pembinaan jalan kampong, bina baru atau naiktaraf dewan, padang permainan serta pelbagai kemudahan asas lain di Kawasan Parlimen Lenggong akan dilaksanakan tahun ini.

Projek yang bernilai lebih RM3.1 Juta dengan melibatkan 48 projek menggunakan peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.

Ketika ini, jabatan dan agensi berkaitan sedang melaksanakan kerja kerja yang berkaitan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri 1 yang juga Memteri Kemajuan Desa Dan Wilayah kerana meluluskan peruntukan ini

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN)
Ahli Parlimen Lenggong

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help