Keluarga Main Peranan Penting Bantu Pulih Ketagihan Dadah

November 17, 2023

AMPANG: Institusi keluarga dan masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha membantu memulihkan penagih dadah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan, orang ramai tidak seharusnya melihat golongan itu sebagai musuh sebaliknya individu yang perlu dibantu.

Menurut Shamsul Anuar, masyarakat perlu bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha membantu memulihkan mereka yang terlibat dalam penagihan dadah.

“Saya percaya ramai antara mereka yang ingin kembali sebagai mana biasa, sebab itu antara perkara yang penting adalah sokongan dari institusi keluarga itu sendiri.

“Sebab itu ramai yang datang hari ini selain klien adalah ahli keluarga, ini lambang bagaimana jika institusi keluarga memberi sokongan, mereka boleh berubah.

“Saya tidak percaya kita tidak boleh lakukan yang terbaik, kita boleh lakukan yang terbaik dengan syarat ada kesungguhan, ada kemahuan, jika lakukan bersungguh-sungguh, yang sukar pun akan mudah kita lakukan,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Apresiasi Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan 2023.

Hari Apresiasi Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan 2023 bertema ‘Ketelusan dan Ihsan Demi Kepulihan Madani.

Inisiatif ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih AADK terhadap usaha semua nadi penggerak yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan.

Program ini diadakan selama dua hari bermula 16 November 2023 melibatkan penglibatan seramai 360 orang kumpulan sistem sokongan daripada seluruh negara.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keluarga-main-peranan-penting-bantu-pulih-ketagihan-dadah-shamsul-anuar-446403

Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2023/11/17/ramai-penagih-dadah-mahu-pulih/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help