BeritaKelantan Diminta Ubah Aktiviti Pembalakan Kepada Ekopelancongan

April 9, 2021
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/04/170017803_4046528248702405_6188791537274466172_n-1280x721.jpg

BACHOK – Kerajaan negeri Kelantan diminta untuk melakukan perubahan dengan menukar aktiviti pembalakan kepada ekopelancongan dalam usaha memulihara kawasan hutan di negara ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan terus memberikan galakan kepada kerajaan negeri dalam merancakkan aktiviti berkenaan tanpa melakukan penebangan pokok.

“Tujuan utama kita ialah mengurangkan kebergantungan hasil negeri melalui aktiviti pembalakan hutan semata-mata.

“Sebaliknya, kita mahu kerajaan negeri jadikan hutan sebagai satu aktiviti yang mampu menjana pendapatan,” katanya kepada pemberita ketika Program Penanaman Pesisiran Pantai dan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Pantai Senok di sini pada Jumaat.

Shamsul Anuar berkata, banyak kawasan hutan di negara ini telah berjaya menjana pendapatan lebih tinggi berbanding aktiviti pembalakan menerusi ekopelancongan.

Beliau berkata, kerajaan akan terus berusaha mengekalkan kestabilan hutan di negara ini bagi memastikan sumber biologi terus berkekalan.

“Hal ini bertepatan dengan peranan dimainkan Malaysia dalam membekalkan 70 peratus sumber biologi kepada dunia menerusi kehijauan hutan,” katanya.

Menurutnya, program itu mampu dirancakkan dengan kempen menanam 100 juta pokok di seluruh negara yang sedang digerakkan ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Anuar berkata, kerajaan Persekutuan dan negeri sentiasa bekerjasama dalam memantau aktiviti pembalakan haram di negara ini.

Menurutnya, pengawasan itu merangkumi kawasan hutan simpan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/132822/EDISI/Kelantan-diminta-ubah-aktiviti-pembalakan-kepada-ekopelancongan-1.132822

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links