Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2026 Level III

June 7, 2026

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri serta menyertai Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2026 Level III yang berlangsung di Lapang Sasar Shahpadu Putrajaya pada Sabtu.

Kejohanan anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kelab Menembak Sasaran Shapadu tersebut telah berlangsung sejak 30 Mei lalu, melibatkan empat kategori utama iaitu Piala Ketua Polis Negara (KPN), Piala Komander Unit Tindakhas (UTK), Ujian Kemahiran Tembak Praktikal Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) serta RMP Open.

Kejohanan ini berjaya menghimpunkan seramai 878 penembak termasuk peserta antarabangsa dari New Zealand, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Thailand, sekali gus mengukuhkan reputasi PDRM sebagai penganjur kejohanan menembak bertaraf antarabangsa.

Sempena kejohanan tersebut, turut diadakan pertandingan kategori VIP Shoot Off yang menyaksikan penyertaan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan, agensi keselamatan serta penguat kuasa negara.

Antara yang turut menyertai kategori VIP Shoot Off bersama Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar ialah Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak Sulaiman; Pengarah Jabatan KDNKA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia; Ketua Pengarah KASTAM Malaysia; Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali; Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus serta Presiden National Range Officer Institute Malaysia.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar yang hadir seawal jam 9.30 pagi itu tiba setelah pulang dari lawatan beberapa hari ke kawasan Parlimen Lenggong yang diwakilinya, dengan beliau tiba di Kuala Lumpur pada jam 3 pagi pada hari yang sama.

Kehadiran serta penyertaan beliau memperlihatkan komitmen berterusan kepimpinan kerajaan terhadap pembangunan sukan menembak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help