Kejohanan Badminton Tertutup Puteri UMNO Bahagian Lenggong Di Dewan Merdeka Lenggong
February 1, 2022
Puteri UMNO Bahagian Lenggong kekal aktif dengan kegiatan mereka tanpa henti. Melakukan kerja kebajikan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya. Ini bermakna selain aktiviti politik pelbagai kegiatan lain dilakukan.
Hari ini lebih daripada 32 pasukan menyertai pertandingan ini yang melibatkan Cawangan Puteri UMNO dalam Bahagian Lenggong.
Saya hadir merasmikan Kejohanan ini. Ketua Puteri UMNO Lenggong bersama Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Lenggong dan Ketua Puteri UMNO Cawangan bersama hadir.
Isteri saya, Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong dan Hj Razli Ahmad Pegawai Khas MB Perak bersama dalam majlis perasmian ini.
Tahniah. Puteri UMNO Lenggong kekal hebat.