Kejadian Tanah Runtuh Di Batang Kali Selangor

December 16, 2022

Saya mengadakan tinjauan di kawasan tanah runtuh Batang Kali, Selangor.

Dirakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor sangat menyedihkan. Saya harap keluarga mangsa terlibat bersabar terutama kepada ahli keluarga mereka yang masih belum ditemui.

Sehingga jam 7:00pm tadi masih terdapat 12 mangsa belum ditemui, 21 ditemui dan disahkan meninggal dunia, 61 selamat ditemui daripada 94 mangsa yang disahkan terlibat.

Saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerajaan dan agensi yang terlibat termasuk PDRM, Jabatan BOMBA & Penyelamat, MKN, JPAM, JKR, Pejabat Daerah, dan lain-lain. Usaha terus dilakukan untuk mencari dan menyelamat mangsa yang masih belum ditemui.

Kesungguhan semua yang terlibat melaksanakan tanggungjawab masing masing amat dihargai serta disanjung tinggi.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help