Kegiatan PUSPANITA KDN Di Lembah Lenggong
LENGGONG – Rombongan PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri telah menjamu selera di Dataran Pipit sebaik tiba di Lembah Lenggong, sebagai permulaan Kegiatan PUSPANITA KDN di Lenggong.
Program tersebut diketuai oleh isteri Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman.
Kunjungan rombongan PUSPANITA KDN ke Lenggong memberikan peluang kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat kawasan yang kaya dengan khazanah warisan dan geologi tersebut.
Lenggong merupakan satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang menerima dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO, iaitu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012 dan UNESCO Global Geopark pada April 2026.
Kunjungan sebegini turut dilihat berupaya membantu mempromosikan Lenggong sebagai destinasi pelancongan, di samping memberi manfaat kepada peniaga dan pengusaha tempatan.

