KDN Tiada Kompromi Terhadap Pihak Cetus Isu Perkauman

March 18, 2023

LENGGONG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan sentimen perkauman demi memelihara keharmonian dan keutuhanan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, setiap rakyat diberikan hak kebebasan untuk bersuara, namun masih tertakluk kepada peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Berdasarkan undang-undang yang ada, pihak berkuasa akan terus melaksanakan tanggungjawabnya supaya keselamatan dan keamanan negara dipelihara serta keharmonian kaum dalam negara ini dijaga sebaiknya.

“Justeru, diingatkan kepada semua pihak supaya mengelakkan daripada membangkitkan perkara-perkara sensitif terutama berkaitan agama dan kaum di dalam negara ini,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha adu domba yang bertujuan menghangatkan suhu perkauman di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Shamsul turut meminta masyarakat menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung isu perkauman yang dicetuskan mana-mana golongan.

“Kita mahu perkara negatif ini dielakkan kerana kepelbagaian budaya, agama dan kaum di dalam negara ini adalah tunjang kekuatan kita bersama,” katanya. – BERNAMA

Sumber: https://www.buletintv3.my/nasional/kdn-tiada-kompromi-terhadap-pihak-cetus-isu-perkauman-shamsul-anuar/

Bernama: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2174301
Free Malaysia Today: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/18/kdn-tak-kompromi-pihak-cetus-isu-perkauman-kata-timbalan-menteri/
Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/659137
Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kdn-tiada-kompromi-terhadap-pihak-cetus-isu-perkauman-shamsul-anuar-411429

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help