KDN Sedia Bincang, Beri Maklumat Berkaitan SOSMA

December 16, 2022

LENGGONG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberikan maklumat berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perbincangan itu juga antara lain bagi membolehkan tidak berlakunya salah faham berkaitan undang-undang yang ada di negara ini termasuk SOSMA.

“Kami sedia dengar pandangan dan buka peluang untuk NGO datang (berjumpa) supaya kami boleh beri maklumat agar mereka faham.

“Mereka mungkin tidak dapat maklumat tepat. Jadi kami boleh kongsi maklumat,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu selepas merasmikan Festival Lenggong GeoPark di Laman Budaya Lenggong hari ini.

Jelasnya, apa sahaja undang-undang dibuat, adalah demi kepentingan rakyat dan negara ini.

Pada Khamis, Naib Presiden Muda, Zaidel Baharudin berkata, kerajaan patut menyemak semula SOSMA dan tampil dengan undang-undang baharu yang lebih bagus.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/236334/berita/nasional/kdn-sedia-bincang-beri-maklumat-berkaitan-sosma

Bernama: https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2148436
Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1040293/kdn-terbuka-beri-pencerahan-kebaikan-sosma
Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sosma-kdn-sedia-beri-penjelasan-shamsul-anuar-397118

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help