Kawasan Bukit Jawa Gelok Bakal Terima Pembangunan Baharu

August 14, 2026

LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada hari ini melakukan lawatan ke kawasan Bukit Jawa di Kampung Gelok, Lenggong bagi meninjau perkembangan projek pembangunan Kompleks Bukit Jawa Gelok.

Beliau menerima taklimat terperinci berhubung pembangunan di kawasan tersebut yang akan melibatkan pelbagai aspek bagi memberikan imej baharu kepada Kawasan Bukit Jawa Kampung Gelok.

Menurut beliau, Kawasan Bukit Jawa merupakan suatu lagi tapak pra-sejarah penting yang mempamerkan bukti penemuan awal kesan pembuatan alat-alat batu.

“Pelbagai penemuan di kawasan ini membuktikan bahawa Lenggong memiliki nilai sejarah tamadun manusia yang sangat tinggi. Ini juga merupakan salah satu kawasan penting kepada dunia arkeologi,” katanya.

Beliau berkata pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut dijangka mampu mengangkat lagi potensi Bukit Jawa sebagai destinasi pelancongan warisan bertaraf dunia.

Kawasan Bukit Jawa terletak dalam kawasan dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO iaitu Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO yang diiktiraf sejak 2012 dan Lenggong UNESCO Global Geopark yang diiktiraf secara rasmi pada 28 April 2026, menjadikannya satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang memiliki dwi-pengiktirafan UNESCO.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help