Karnival Sayangi Lenggong 2026 Bakal Meriah Di Dataran Lenggong

July 18, 2026

LENGGONG – Warga Parlimen Lenggong dan orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Karnival Sayangi Lenggong 2026 yang bakal berlangsung pada 18 dan 19 Julai ini di Dataran Lenggong. Program anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Lenggong UNESCO Global Geopark ini bakal menghimpunkan pameran agensi, jualan IKS, pertandingan, persembahan seni dan kebudayaan serta kehadiran istimewa Geng Upin & Ipin yang pasti menjadi tarikan utama kanak-kanak.

Pada hari pertama (Sabtu), pengunjung boleh menikmati pameran agensi KDN dan jualan IKS bermula jam 8.30 pagi, diikuti Bicara Agama Parlimen Lenggong, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak KEMAS serta Persembahan Anak Kreatif pada sebelah petang. Kemuncak malam pula ialah Pertandingan Nasyid Sayangi Lenggong yang bakal memeriahkan suasana Dataran Lenggong sehingga jam 11 malam.

Hari kedua (Ahad) menjanjikan acara lebih meriah dengan pelepasan Fun Ride dan Fun Run oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada jam 7.30 pagi. Turut dinantikan ialah persembahan Briged JPN Malaysia, artis jemputan, buskers serta penampilan khas Upin & Ipin yang dijadualkan beberapa sesi sepanjang hari.

Kemuncak karnival bakal disempurnakan dengan ketibaan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad yang akan diiringi Kelab Motor Sayangi Lenggong pada jam 11.30 pagi untuk Acara Perasmian Penutup. Majlis turut merangkumi penyampaian Sijil GeoEntrepreneur Geopark serta Kenduri Rakyat yang terbuka kepada semua pada jam 12.30 tengah hari.

Cabutan bertuah oleh AADK dan RELA turut menanti pengunjung yang hadir. Jangan lepaskan peluang untuk meraikan karnival ini bersama keluarga di Dataran Lenggong. Semua dijemput hadir!

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help