KUALA NERUS, 24 Jun (Bernama) – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Nasarah menyarakan supaya penganjuran ‘Karnival Kita MADANI’ diterukan ke peringkat akar umbi bagi menjelaskan gagasan Malaysia MADANI kepada rakyat.
Katanya ia perlu supaya gagasan Malaysia MADANI berkenaan dapat difahami secara mendalam oleh setiap lapisan rakyat.
“Karnival seumpama ini perlu diadakan terutama di peringkat akar umbi agar konsep Malaysia MADANI difahai rakyat, untuk membolehkan segala polisi dan dasar baharu kerajaan yang dibawa oleh Perdana Menteri dihayati oleh rakyat.
“Nilai yang diterpkan dalam Malaysia MADANI benar-benar meletakkan rakyat sebagai keutamaan… Kerajaan Perpaduan memahami rakyat, (memahami) tekanan (dihadapi) rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Karnival Kita MADANI 2023 di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir di sini, hari ini.
Turut hadir pada karnival itu Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga merupakan ADUN Seberang Takir.
Terdahulu Shamsul Anuar yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam ucapannya mengajak rakyat Terengganu supaya menyokong Kerajaan Perpaduan semi kestabilan politik bagi membolehkan sosioekonomi negara terus bertambah baik debi kebaikan rakyat keseluruhannya.
Katanya untuk membolehkan negeri-negeri khususnya Terengganu dapat dibangunkan dengan sempurn, rakyat juga perlu memilih kerajaan yang sealiran dengan Kerajaan Peesekutuan.
“Bila sealiran, lebih senang. Peruntukan dan pembangunan dapat disalurkan secara terus. Jangan perjudikan masa depan negeri. Jangan sekali lagi buat silap, pilih yang terbaik,” katanya.
-BERNAMA