Kampung Luat Lenggong Perak
Saya dilahirkan di Kampung Luat, Lenggong Perak. Kampung ini merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak di seberang Sungai Perak. Suatu ketika dahulu ia hanya dihubungi melalui Sungai Perak, tiada air bersih serta tiada bekalan elektrik.
Suatu ketika motorbot @ bot penambang adalah pengangkutan utama kami disini.
Kampung Luat adalah sebuah kampung tradisional yang memiliki pelbagai keistimewaan terutama kehidupan masyarakatnya yang sangat hormat menghormati antara satu sama lain. Kampung Luat hanya boleh dihubungi melalui jalan darat apabila Jambatan Kampung Luat dapat digunakan pada 2004. Bekalan elektrik hanya diperolehi awal 90an.
BAYANGKAN & CUBA KITA KENANG.
a. Bagaimana kalau ada orang kampung yang sakit hendak ke Klinik Lenggong ?
b. Betapa sedihnya ketika menghantar saudara mara kita menunaikan haji. Sangat sayu bila Pak Long Mohamad Kg Talong mengalunkan Azan dari Surau Kg Paya.
c. Betapa susahnya orang kampung mahu membawa barang binaan yg dibeli di Pekan Lenggong ke tapak rumah.
d. Betapa seronoknya setiap kali Hari Raya. PBIB Kg Luat akan jual daging lembu, buat pertandingan badminton dan paling seronok Jamuan Aidilfitri Anak Perantau dianjurkan oleh Persatuan Belia Ikatan Baru Kg Luat.
Begitu banyak kenangan….
Saya bangga menjadi penduduk kampung ini.
Namun kini keadaannya telah berubah. Alhamdulillah.
#SayangiLenggong #luat #TNB #persatuankomunitipelancongan76lenggong #teamDSAN #rumahtiang16 #ketsa