KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 Sasar 1,500 Peserta

May 26, 2023

KUALA LUMPUR – Lenggong sekali lagi dipilih buat kali kedua sebagai lokasi menjayakan puluhan pengisian dan aktiviti luar atau outdoor serta menghimpunkan komunitinya dalam penganjuran KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF2023).

Selepas kejayaan edisi pertama, festival yang dianjurkan LOCCO kali in bakal berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Jun di Resort Tasik Raban dengan sasaran penyertaan 1,500 peserta.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, penganjuran aktiviti iitu turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat secara tidak langsung dengan mempromosikan daerah di Perak ini dalam industri pelancongan negara.

“Saya melihat ODF2023 bertepatan dengan waktunya dalam mewujudkan lebih banyak komuniti yang saling menyokong dan menyantuni usaha murni penganjuran festival yang sihat dan diterima semua.

“Bermula tahun 2012, Daerah Lenggong diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO-Arkeologi Lembah Lenggong dan pada tahun 2021 telah diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan yang keempat.

“Lenggong sudah pasti mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri,” kata pada sidang media ODF23 di sini.

Antara aktiviti yang dirancang merupakan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat termasuk gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak, serta ekstrem seperti aktiviti perkhemahan, berkayak, memanah, merentas desa, dan pendakian.

Selain aktiviti luar, ODF23 turut menyajikan pengisian seperti bengkel, sesi perkongsian serta forum berkaitan aktiviti luar daripada komuniti terlibat.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan muzik seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, dan The Mirza.
Jualan tiket masih dibuka di laman sesawang www.outdoorfest.my serta laman media sosial rasmi ODF23.

Sementara itu, penganjuran tahun ini turut dijenamakan sebagai KAHF Lenggong ODF23 selepas menerima penyertaan Kahf selaku penaja utama.

KAHF merupakan jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung
matahari.

Agung Andrian daripada pasukan Jenama Antarabangsa KAHF berkata, nyertaan jenam itu sebagai penaja utama adalah sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf selain memperkenalkan rangkaian produk KAHF melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini. – MalaysiaGazette

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/05/26/kahf-lenggong-outdoor-festival-2023-sasar-1500-peserta/

Utusan: https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/1500-peserta-dijangka-sertai-kahf-lenggong-outdoor-festival-2023-odf2023/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help