Jeti Nelayan Kg Chepor
(MyKP Kg Chepor)
“Jeti Nelayan Kg Chepor Lenggong dinaiktaraf dan diubah suai berkonsepkan buluh”
Saya bersama Penghulu Mukim Temelong, Penghulu Mukim Lenggong mengadakan lawatan ke Jeti Nelayan Kg Chepor Lenggong.
Bersama saya ialah Pegawai Pegawai JMG Perak. Dan menyambut saya bersama rombongan ialah kepimpinan Kg Chepor dan Pengerusi serta Jkuasa My KP Kg Chepor Lenggong.
Selain daripada kegiatan biasa iaitu MyKP juga menjalankan aktiviti pelancongan dengan mengadakan pakej memancing, memukat, menjala dan sebagainya. Maka, melihat kepada potensi dan keaktifan MyKP saya telah meluluskan peruntukan membina dan mengubahsuai kawasan jeti ini berkonsepkan buluh dengan membina :
a. Sebuah Balai@Dewan Terbuka
b. Pondok Rehat
c. Pondok Rehat@Tinjau Di Atas Pokok
Semoga. MyKP akan terus bergerak aktif dengan menjalankan pelbagai aktiviti perikanan disini.
Saya juga menyampaikan sumbangan kepada ahli MyKP Kg Chepor Lenggong.