Jentera BN Lenggong Bersedia Gerak Kerja Berhadapan PRU15

July 21, 2022

Jentera Barisan Nasional (BN) Lenggong kini sedang bersiap sedia dengan gerak kerja bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kelak.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah baru-baru ini menghadiri Bengkel Pilihanraya BN yang diadakan di Kolej Pengajian Tinggi MARA Lenggong dalam menyelaras semua gerak kerja parti tersebut.

“BN Lenggong bersiap apabila selesainya Bengkel Pilihanraya BN Lenggong di Kolej Pengajian Tinggi MARA Lenggong.

“Lebih 1000 pimpinan, petugas serta jentera BN Lenggong seharian berbengkel dan menyelaras semua gerakerja BN Peringkat Parlimen Lenggong, DUN Kenering, DUN Kota Tampan termasuk di semua 34 Pusat Daerah Mengundi serta 67 Bilik Gerakan Cawangan seluruh Kawasan Lenggong,” kata Shamsul Anuar menerusi posting di Facebook.

Beliau berkata, lebih daripada 19 unit-unit penting yang mengendalikan PACABA, Pengangkutan, Pengundi Muda, Pengundi Felda, Pengundi Orang Asli dan sebagainya juga mengadakan mesyuarat dan bengkel bagi menyusun Jentera BN Lenggong berhadapan dengan PRU15.

Dalam masa yang sama, bengkel tersebut dipengerusikan sendiri oleh Shamsul Anuar dan diadakan Penyampaian Amanah Penting oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengarah Pilihanraya BN Lenggong, Datuk Tarmizi Hj Idris yang menyampaikan amanat dan arahan penting kepada semua peringkat jentera BN Lenggong.

“Bengkel ini dihadiri oleh semua pimpinan utama UMNO Lenggong serta pimpinan lain disemua peringkat,” tambah beliau lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/jentera-bn-lenggong-bersedia-gerak-kerja-berhadapan-pru15-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help