Jemputan Kenduri Di Kawasan Parlimen Lenggong
LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada semalam memenuhi beberapa jemputan kenduri di sekitar kawasan Parlimen Lenggong.
Menurut beliau, kehadiran di majlis-majlis kemasyarakatan seperti kenduri merupakan sebahagian daripada tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat dalam mengekalkan hubungan baik dengan penduduk setempat.
“Jemputan kenduri ini adalah peluang untuk saya bersama rakyat, mendengar suara mereka dan mengeratkan silaturrahim,” kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.
Beliau turut menyatakan bahawa di sebalik kesibukan tugasan di peringkat kementerian dan parti, beliau sentiasa memastikan agar masa diperuntukkan bagi bersama masyarakat di kawasan Parlimen Lenggong.
Pendekatan turun padang dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat telah menjadi amalan beliau sejak dilantik sebagai Ahli Parlimen Lenggong, sejajar dengan komitmen beliau dalam menyantuni keperluan rakyat secara langsung.
Kawasan Parlimen Lenggong merangkumi 33 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 67 cawangan di seluruh kawasan tersebut.

