Jemputan Jamuan Hari Raya DUN Pengkalan Hulu

April 2, 2026

GERIK – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah menghadiri Jamuan Hari Raya DUN Pengkalan Hulu dalam kawasan Parlimen Gerik pada 27 Mac 2026.

Kehadiran beliau adalah bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama masyarakat setempat, di samping mengukuhkan hubungan silaturahim dalam suasana perayaan. Penganjuran program seumpama ini turut berperanan sebagai platform mempererat hubungan antara kepimpinan dan komuniti serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas jemputan yang diberikan serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran jamuan berkenaan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help