Jangan Terpedaya, Walaupun Ubah Cara Matlamat DAP Tetap Sama

April 4, 2022

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berpesan kepada rakyat supaya perlu berwaspada dengan kenyataan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke yang menjanjikan cara pimpinan baharu dalam DAP.

Tegas Shamsul matlamat mereka tetap sama walaupun cara berubah.

“Matlamat tetap sama, walapun cara berubah. Lanskap politik sudah begitu berbeza, dan DAP memahami perubahan itu. Oleh itu, DAP mesti melakukannya bagi memastikan DAP dapat bertahan dalam keadaan iklim politik yang tidak sama lagi.
“Namun rakyat perlu berwaspada kerana halatuju dan matlamat DAP tetap sama. Cara sahaja berubah,” katanya menerusi posting di Facebooknya.
Anthony sebelum ini mengeluarkan kenyataan supaya tidak lagi menggunakan pendekatan yang ekstrem dalam politik.

“Saya percaya dalam konteks di Malaysia, kalau kita ambil pendirian ekstrem, ianya tidak akan kemana-mana dan kita akan menjadi parti yang tidak mendapat sokongan dari peringkat arus perdana dan majoriti rakyat Malaysia,” kata Anthony dalam satu wawancara bersama media.

Menurut Shamsul, DAP juga mahu mengubah cara pimpinan mereka ketika ini kerana sudah mula memahami corak dan landskap politik yang ternyata sudah jauh berbeza.

Katanya tidak mustahil ia dibuat dengan harapan parti mereka kekal relevan dan dapat bertahan lebih lama ekoran suasana politik yang tidak lagi sama seperti dulu.

“Lihatlah pemimpin Melayu yang menawarkan diri memimpin DAP tetapi ditolak, biarpun mereka bercakap DAP adalah parti pelbagai kaum.

“Ini sudah cukup mengambarkan rupa sebenar DAP,” ujar Shamsul.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/jangan-terpedaya-walaupun-ubah-cara-matlamat-dap-tetap-sama-shamsul-anuar/

UMNO Online: https://umno-online.my/2022/04/05/waspada-terhadap-dap-matlamat-tetap-sama-walaupun-cara-berubah-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help