Jamuan Makan Malam & Ramah Mesra Alumni Majlis Belia Malaysia

October 24, 2023

YAB PERDANA MENTERI LULUS RM1 JUTA SEBAGAI DANA AWAL UNTUK YAYASAN ALUMNI MAJLIS BELIA MALAYSIA (yaMBM)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan dana awal sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Alumni Majlis Belia Malaysia.

Anwar berkata usul mewujudkan yayasan itu telah disampaikan kepada beliau, oleh Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, yang bertujuan menjaga kebajikan serta mengiktiraf jasa dan khidmat bekas tokoh belia.

Mengimbau sejarah penubuhan Majlis Belia Malaysia (MBM), Perdana Menteri berkata ia tercetus daripada ledakan suara anak-anak muda yang menuntut perubahan.

“Pada masa itu dalam keadaan ledakan suara nyaring anak muda menuntut perubahan, dalam generasi yang disebut rising expectations, kemudian rasa kecewa kerana merosot cita-cita murni itu, kerajaan masa itu di bawah Almarhum Tun Abdul Razak, memberi ruang kepada anak muda melontarkan idea tanpa sekatan dalam Majlis Rundingan Belia Negara.

“Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan masa itu Datuk Hamzah Abu Samah seorang yang sabar, memberi ruang kepada kita menyampaikan pandangan dan kritikan, dan itu memberikan kesempatan kepada anak muda yang mahu menegakkan keadilan dan mengusulkan beberapa rancangan yang diberikan pertimbangan oleh kementerian berkenaan pada masa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Alumni Majlis Belia Malaysia di Pusat Dagangan Dunia, malam ini.

Sumber: Astro Awani

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help