Jamuan Bersama Warga & Keluarga Kem PGA Ulu Kinta Bersempena Lawatan YAB Perdana Menteri
Selesai program di Banding Gerik Perak, bersama YAB Menteri Besar Perak saya hadir ke Kem PGA Ulu Kinta Perak.
Saya mewakili YB DS Menteri Dalam Negeri mengiringi YAB Perdana Menteri ke Jamuan bersama Warga Dan Keluarga Kem PGA Ulu Kinta Perak.
Dalam ucapan saya di majlis ini, saya menyatakan.
Bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan oleh anggota PDRM khususnya kepada anggota yang bertugas mengawal keselamatan di sempadan negara, aspek kebajikan anggota amat dititik beratkan.
KDN mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM45 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf Pos PGA pada 15 Julai 2023 yang lalu. Peruntukan yang disediakan ini akan memberikan keselesaan kepada anggota yang bertugas di sempadan dan meningkatkan motivasi anggota secara tidak langsung dapat memperkasakan penguatkuasaan undang-undang di sempadan negara.
Selain itu selaras dengan teras MADANI yang kedua iaitu ‘Kesejahteraan’ yang bererti keseimbangan dan menjaga kualiti dalam kehidupan, KDN juga dalam perancangan untuk melaksanakan penambahan pos-pos keselamatan baharu di sempadan darat serta meningkatkan lagi tahap keupayaan PDRM dalam pelbagai bicang bagi menghadapi cabaran yang semakin mencabar.
Keutamaan KDN adalah rakyat dan negara. Kebajikan anggota PDRM menjadi focus utama KDN.
Majlis ini turut dihadiri :
Yang Berhormat Ahli- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
YDH Ketua Polis Perak.
Yang Berhormat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri
YDH SAC Hj Nordin Bin Hj Manan
Komander Briged Utara
Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Ketua-ketua Agensi, Dif-dif Jemputan, Datuk-Datuk/ Datin-Datin, Pemimpin-pemimpin tempatan, Ketua-ketua dan wakil NGO, Para Pengamal Media, Tuan/Puan dan hadirin yang dihormati sekalian.