Jaga Rakyat Kerana Itu Paling Utama

August 28, 2021

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berharap barisan Jemaah Menteri pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat melakukan yang terbaik demi negara dan rakyat.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, pembentukan Kabinet baharu Perdana Menteri itu juga adalah harapan yang ditunggu semua pihak.

“Saya pastinya bersyukur kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali menerajui kerajaan dan saya dapat sedikit menyumbang hingga UMNO kembali menerajui serta membentuk kerajaan.

“Justeru, saya merakamkan ucapan tahniah di atas pembentukan barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri. Tahniah kepada semua. Jaga rakyat kerana ini keutamaannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu sebelum ini antara dua menteri UMNO yang meletakkan jawatan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Shamsul Anuar, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut mengambil tindakan sama apabila melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Ia susulan penarikan semula sokongan UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sehingga Perdana Menteri kehilangan sokongan majoriti dan seterusnya meletakkan jawatan ketika itu.

Bagaimanapun, di bawah kepemimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan, Noraini dilantik semula memegang portfolio sama manakala jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli kini disandang oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung PAS.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/856713/jaga-rakyat-kerana-itu-paling-utama-shamsul-anuar

Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/tahniah-semua-jaga-rakyat-kerana-ini-keutamaannya-shamsul-anuar/
MalaysiaGazette: https://malaysiagazette.com/2021/08/27/saya-bersyukur-umno-kembali-kuasai-kerajaan-shamsul/
UMNO Online: https://umno-online.my/2021/08/27/tahniah-selamat-bertugas-kepimpinan-baharu-lakukan-terbaik-demi-negara-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help